Mengenai Neolamarckia cadamba
Neolamarckia cadamba, biasanya dipanggil Kelampayan, merupakan pokok tropika besar yang pantas tumbuh, dengan batang silinder lurus dan bersudur besar, serta mempunyai ciri pangkas sendiri. Kelampayan merupakan spesies berkopis, dan mampu tumbuh semula setelah dituai selagi tunggul yang sihat masih ada. Proses berkopis setakat ini berjaya dilaksanakan sebanyak tiga kali di ladang hutan sedia ada.
Spesies Kelampayan berasal dari Asia Selatan dan Tenggara, bertumbuh dari India ke Filipina serta dari Kemboja ke Australia Utara.
Bunganya berkelompok padat membentuk sebiji bola, berwarna jingga dan berbau harum. Bunganya digunakan dalam penghasilan minyak wangi.
Pokok Kelampayan ini juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan dan digunakan untuk kayu balak serta penghasilan kertas. Pokok ini dipaparkan dalam pelbagai aspek keagamaan dan mitologi India.
Botani
Neolamarckia cadamba merupakan pokok besar dengan silara (mahkota) berbentuk payung lebar dan berbatang silinder lurus. Dahan pokoknya disusun secara berperingkat. Pokok Kelampayan mampu mencapai ketinggian 45 m dengan diameter batang 100 – 160 sm dan kepanjangan batang bersih (bebas cabang) melebihi 9 m. Kulit batang sewaktu muda berwarna kelabu, berpermukaan licin dan amat ringan, dan apabila matang bertukar gelap dan berciri pengelupasan.
Dahan pokok tumbuh secara mendatar dan menjatuh di hujungnya. Daunnya pula berwarna hijau berkilat, tumbuh bertentangan di bahagian pangkal ataupun tangkai, dan berbentuk bujur telur ataupun bujur panjang (15 – 50 sm panjang dengan 8 – 25 sm lebar). Bagi pokok bajaan muda, daunnya lebih besar, berbentuk lebar di pangkal batang dan runcing di puncak; stipulnya tumbuh di antara tangkai, berbentuk segi tiga runcing dan bersifat luruh sendiri.
Bunga pokok kecil, berwarna jingga dan bertumbuh rapat membentuk sebiji bola, diameter 2.5 ke 5 sm namun buahnya (lihat gambar di bawah) merupakan buah semu (pseudokarp); buahnya berbentuk bola, berwarna jingga dan berisian banyak kapsul yang mengandungi kira-kira 8000 biji benih. Biji benihnya berbentuk trigon ataupun tidak berbentuk sama, dan tidak berbentuk tonjol.
Maklumat Teknikal
Purata Diameter Pangkal
Anggaran 6″ – 8″ dalam 2 tahun (ketinggian 27 kaki – 30 kaki)
Anggaran 12″ – 14″ dalam 7 tahun (Setinggi 120 kaki)
Pokok Matang 100 sm – 160 sm
Ketinggian Pertumbuhan Maksimum
Anggaran 45 m / 150 kaki
Altitud Ladang Hutan
10 – 900 m dari paras laut
Lain-lain Keadaan Tanah Sesuai
Muka Air Tanah Tinggi, Kawasan Rendah, Kawasan Takung Air
Jenis Tanah
Pelbagai jenis tanah yang sesuai: Ultisol, Oxisol, Vertisol, Andisol, Inceptisol, Spodosol, Entisol
Toleransi Terhadap Air Takungan / Banjir
Selepas peringkat anak pokok, tolerans selama 2 – 3 bulan pada satu tempoh masa
Percambahan & Kebolehmandirian
Disemai dari biji benih pulpa: 4 – 5%
Biji benih tapisan dan tampian: 50 – 52%
Kaedah rambatan hak milik kami: >97%
Proses Berkopis
Selepas penuaian, tunggul sihat 25 – 32 sm mencukupi bagi pokok menjana semula melalui pertumbuhan baharu
Taksonomi & Nama-nama Lain
Nama botani: Neolamarckia cadamba
Keluarga: Rubiaceae
Subkeluarga: Cinchonoideae
Sinonim
- Anthocephalus Chinensis (Lamk.) A. Rich. Ex. Walp.
- Anthocephalus Macrophyllus (Roxb.) Havil.
- Nauclea cadamba (Roxb.)
- Neolamarckia cadamba (Roxb.) Bosser
- Sarcocephalus cadamba (Roxb.) Kurz.
- Anthocephalus Indicus A. Rich.
Nama Asli/Jati/Am
- Kemboja: Thkoow
- Malaysia: Kelampayan, Laran, Selimpoh
- Indonesia: Bengkal, Ilan, Jabon, Kelampayan, Kelempi, Pontua, Sugi Manai, Taloh
- Filipina: Kaatoan Bangkal
- Myanmar: Mau, Mau-lettan-she, Maukadon, Yemau
- Thailand: Krathum, Krathum-bok, Taku
- Australia: Burflower
- Bahasa Cina: Dà yè huáng liángmù (大叶黄梁木)
- Brunei: Bangkal, Kaatoan Bangkal
- Laos: Loo-somz, Sako
- Papua New Guinea: Labula
- Vietnam: C[aa]y G[as]o, C[af] Tom, G[as]o Tr[aws]ng
- Bahasa Arab: Kadam
Ciri-ciri & Kegunaan
- Warna putih ke krim keputihan
- Ira lurus dengan tekstur halus ke sederhana halus
- Kayu keras ringan dengan pelbagai kegunaan
Kayu
- Papan lapis
- Venir
- Pulpa & Kertas
- Perabot
- Alat Tulis Kayu
- Bahan Pembinaan Ringan
- Kotak
Buah/Bunga
- Minyak atar – Minyak wangi India menggunakan dasar kayu cendana
Kegunaan Perubatan Tradisional
- Gangguan pencernaan
- Jangkitan parasit
- Kolesterol tinggi dan trigliserida
- Aktiviti antibakteria
- Penyakit rangka otot
- Jangkitan kulat
- Kanser
- Aktiviti antidiabetik
Lain-lain
- Alkaloid (kadamin & isokadamin) dalam pencuci mulut, ubat kumur, rawatan ubatan
- Kulit kayu dalam rawatan ubatan
- Akar dalam penghasilan pewarna kuning
- Kandungan Lignin tinggi bagi biopolimer dan biobahan api
Kayu Kelampayan & Kegunaan
Cirian Kayu
Kelampayan merupakan kayu keras yang ringan.
Teras kayu berwarna putih kekuningan dan menggelap krim kekuningan apabila didedahkan kepada udara, dan tidak jelas diketarakan daripada kayu gubal. Kayunya mempunyai tekstur halus ke sederhana halus, berira lurus, berkilau malap dan tiada bau ataupun rasa.
Ketumpatan kayu menjulat daripada 290 – 560 kg/m3 pada kandungan kelembapan 15%, dengan julatan biasanya di 420 – 465 kg/m3.
Kayu Kelampayan mudah dikerjakan dengan alatan tangan dan mesin; menghasilkan potongan bersih, permukaan licin, dan mudah dipaku. Kayu ini amat mudah diawet menggunakan sistem tangki terbuka ataupun tekanan vakum. Proses isi tepu menggunakan damar tiruan juga mudah bagi meningkatkan ketumpatan dan kekuatan mampatan kayu.
Kayu ini pantas dikeringkan udara dengan sedikit ataupun tiada degradasi. Bagi mengelakkan cacat warna biru, kayu hendaklah dikerjakan sejurus dituai, diawet dalam 48 jam ataupun direndam penuh dalam air.
Ujian pancang di Indonesia menunjukkan hayat purata kayu dalam tanah kira-kira 1.5 tahun.
Kegunaan
Kayu Kelampayan ada pelbagai kegunaan seperti papan siling, bahan pembinaan ringan, papan lapis, venir, pembuatan pensel, bilah mancis, kayu pulpa bagi kertas, bekas bungkusan, keranjang, dsb. Apabila dikeringkan dan diawet dengan betul, kayu Kelampayan juga digunakan bagi perabot, lain, mainan, peti teh, bahan ukiran, dsb.
Keseluruhan pokok turut sesuai digunakan bagi tujuan estetik dan kerap ditanah sepanjang sisi jalan. Buah, daun, biji benih, dan kulit kayu Kelampayan mempunyai sifat perubatan luas. Kulit akar kayu juga digunakan sebagai pewarna kuning semulajadi.
Kelampayan mempunyai ciri pangkas sendiri, justeru mampu menggugurkan daun lebat dan meningkatkan kandungan karbon organik dalam tanah. Daun baru gugur dicampur dengan makanan haiwan, malah buahan dan bungaan dilaporkan boleh dimakan. Bunga haruman menjadi tarikan lebah madu bagi mendorong pendebungaan, selain itu merupakan bahan mentah asas dalam minyak wangi India menggunakan dasar kayu cendana, dan makanan bagi lebah ternakan dalam kegiatan apikultur. Spesies Kelampayan juga sesuai bagi pemuliharaan tanah, perhutanan tani (agroperhutanan), penebusgunaan tanah tebang-bakar, dsb.
Taburan Semulajadi Kelampayan
Negara Asal
- Australia
- Bangladesh
- Brunei
- Kemboja
- China
- India
- Indonesia
- Laos
- Malaysia
- Myanmar
- Pakistan
- Papua New Guinea
- Filipina
- Singapura
- Sri Lanka
- Thailand
- Vietnam
Rantau Kenalan
- Amerika Tengah
- Amerika Selatan
- Afrika Sub-Sahara
- Lain-lain negara tropika & subtropika
Julat Ekologi
Kelampayan merupakan spesies perintis tipikal yang tumbuh terbaik dalam kawasan bertanah aluvium mendalam dan lembap; dan kerapnya tumbuh dalam hutan sekunder di sepanjang tebing sungai, dan juga dalam zon peralihan di antara kawasan berpaya, banjir dan banjir berkala. Ada kalanya pokok individu besar boleh dijumpai dalam hutan hujan primer.
Pokok Kelampayan tumbuh dalam pelbagai jenis tanah, namun spesies ini tumbuh lebih lebat dan kuat dalam tanah subur dan bersaliran baik. Pertumbuhan boleh terjejas sekiranya ditanam dalam tanah larut lesap dan tidak berkeudaraan baik, sungguhpun keadaan fizikal tanah baik.
Sumber cahaya dan air amat penting bagi pertumbuhan tanaman Kelampayan. Dalam habitat semulajadinya, suhu tertinggi menjulat dari 32 hingga 42°C manakala suhu terendah menjulat dari 3 hingga 16°C.
Kelampayan peka terhadap sejuk beku, akibatnya spesies ini tidak mandiri dalam rantau beriklim sederhana dan sub-sederhana sejuk.
Kadar purata hujan tahunan bagi pertumbuhan optimum menjulat daripada 1500 ke 5000 mm. Namun begitu, Kelampayan juga boleh tumbuh setempat di kawasan hujan tahunan sekering 200 mm (cth. kawasan tengah Sulawesi Selatan).
Kelampayan biasanya dijumpai tumbuh di kawasan antara 300 dan 800 m dari paras laut. Walaupun demikian, dalam rantau khatulistiwa pokok ini boleh juga dijumpai atas paras laut hinggalah aras setinggi 1000 m.
Bekalan Bahan Tanaman
Daripada Biji Benih
Pungutan Biji Benih
Penghasilan biji benih bermula dalam 4 – 5 tahun apabila mulanya pembungaan. Tempoh berbunga berlangsung selama 2 – 5 bulan dan buahnya dipetik dengan memanjat pokok ataupun menggoncang dahan.
Penyediaan Biji Benih
Pengekstrakan biji benih secara efektif melibatkan buahnya melalui pengeringan udara, diikuti oleh penghancuran dan penapisan. Proses ini boleh meningkatkan kadar percambahan biji benih sehingga 95%.
Penyimpanan & Kebernasan Biji Benih
Biji benih boleh disimpan dalam bekas kering dan kedap udara selama 2 tahun. Percambahan biji benih basah rendah dalam kadar 25%, manakala biji benih yang disimpan dengan betul mampu mencapai kadar percambahan setinggi 95%.
Teknik Semaian
Perhatian khas diperlukan oleh sebab biji benih Kelampayan yang kecil. Biji benih biasanya disemai tabur ke atas batas bangkit ataupun disemai dalam dulang dan dipindahkan ke dalam beg politena bagi pertumbuhan hingga masa pertanaman.
Semaian secara terus biasanya gagal disebabkan Kelampayan peka terhadap lembap keterlaluan dan dedahan cahaya matahari langsung.
Selepas 6 – 7 bulan, apabila anak benih mencapai ketinggian 30 – 40 sm, Kelampayan kini sedia dipindahkan ke ladang.
Teknik Penanaman
Masa terbaik bagi penanaman anak benih Kelampayan sewaktu mulanya musim tengkujuh. Kadar kemandirian ditemui tertinggi sekiranya tanaman dijarakkan lebih luas. Jarak penanaman biasanya antara 2.5 – 3 m.
Sumber Pilihan Kami: Bahan Tanaman Berkultur Tisu
Kultur Tisu
Kultur tisu tumbuhan merupakan sejenis teknik bagi menumbuh tumbuhan. Kaedah dikenali sebagai mikropembiakan digunakan secara meluas bagi menghasilkan klon daripada satu tumbuhan. Berbanding kaedah-kaedah pembiakan tradisional, kultur tisu mempunyai manfaat seperti:
- Penghasilan salinan tepat tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki;
- Penghasilan tumbuhan matang dengan kadar pantas
- Penghasilan tumbuhan tanpa melibatkan biji benih
Pemilihan Progeni
Sebelum proses kultur tisu bermula, tumbuhan induk yang sesuai dipilih dahulu. Pemilihan bergantung pada beberapa sifat utama seperti kadar pertumbuhan, ketumpatan kayu, kebingkasan, dan daya tahan daripada penyakit dan serangga perosak. Kemudian, keratan tumbuhan diambil daripada progeni terpilih untuk direplikakan bagi tujuan penanaman.
Penyediaan Medium
Medium pertumbuhan diperlukan bagi anak benih klon menjalankan proses replikasi. Medium ini mengandungi campuran nutrien terperinci dan elemen-elemen asas bagi memastikan tempoh kematangan anak benih disingkatkan dan bersedia ditanam dalam persekitaran pelbagai keadaan.
Penyesuaian Iklim / Pengikliman
Proses pengikliman hak milik kami bermula sejurus anak benih mencapai saiz tertentu. Proses ini mengeraskan anak benih untuk penanaman ladang hutan dan mempercepatkan kadar pertumbuhan bagi penanaman peringkat lebih awal.
Pemasaan & Kebolehmandirian
Anak benih Kelampayan yang disediakan dengan teknik ini boleh ditanam seawal umur 1 bulan dan selewat-lewatnya 6 bulan. Oleh sebab anak benih telah melalui proses pengikliman hak milik kami, tumbuhan ini boleh ditanam tanpa mengira musim, serta mempunyai kadar kebolehmandirian setinggi 97% dalam ladang hutan mengikut rekod kami.
Secara keseluruhan, manfaat jangka panjang adalah seperti:
- Meningkatkan kadar kebolehmandirian penanaman, justeru mengurangkan kos penanaman;
- Meningkatkan kadar hasil dan pengeluaran;
- Meningkatkan ketahanan, justeru mengurangkan kos pengurusan ladang hutan;
- Daya tahan lebih baik daripada penyakit dan serangga perosak
Urus Dikit bagi Kelampayan
Penyenggaraan Jenisan bagi Ladang Hutan
| JENIS SENGGARA | TUJUAN | KEPERLUAN BAGI KELAMPAYAN |
| Perumputan | – Mengelakkan persaingan bagi cahaya, air, ataupun nutrien | Perumputan biasanya dilakukan setiap tiga bulan bagi tahun pertama dan setiap enam bulan bagi tahun kedua dan ketiga. |
| Pembajaan | – Mencapai pertumbuhan optimum di kawasan tidak subur | Baja biasanya digunakan sewaktu ataupun sejurus selepas penanaman. Segelintir penanam juga membaja tambahan sekali bagi tahun pertama. |
| Pemangkasan | – Menghasilkan kayu bebas matan – Menyenangkan capaian ke pokok lain | Tidak diperlukan bagi Kelampayan oleh sebab ciri pangkas sendiri. |
| Penjarangan | – Menyingkirkan pokok bermutu rendah bagi menggalakkan perkembangan mahkota pokok – Justeru meningkatkan kelebaran batang pokok | Biasanya dilakukan selama 2 – 4 tahun selepas penanaman. Kekerapan bergantung pada kualiti persekitaran dan jarak penanaman. |
| Penanaman semula | – Menggantikan anak benih mati – Menggantikan pokok tuai | Kerap dijalankan selepas bulan pertama untuk menggantikan anak benih mati, dan sekali lagi pada hujung tahun kedua. |
Kelampayan Pantas Tumbuh
Pertumbuhan Biasa
Neolamarckia cadamba merupakan pokok kayu pantas tumbuh dengan kadar pertumbuhan tertinggi direkodkan pada peringkat awal hayat pokok. Kadar pertumbuhan amat pantas pada peringkat awal, dengan purata pertambahan ketinggian antara 2 – 3 m setiap tahun bagi 6 ataupun 8 tahun pertama hayat pokok dan berikutan itu pertumbuhan memperlahan secara beransur.